Monday, December 4, 2017


Alhamdulillah Ummi terima hadiah kurma istimewa dari Jordan kiriman Ustazah Wan Nazidah Shaik Omar, mantan naqibah Ummi. 


Tiba-tiba terus terimbau kenangan lama....2 tahun berusrah di bawah bimbingan ustazah. MasyaAllah Tabarakallah begitu banyak memori indah yang menjadikan Ummi bertambah dari segi ilmu dan matlamat hidup.

Bersama Ustazah Wan Nazidah dan rakan-rakan seusrah lain, kami menelusuri teratak, pondok dan 'mahligai' warga emas yang ditinggal keluarga. Kami buat study visit dan berbincang mengapa ini terjadi. Benarkah penting kewujudan Rumah Warga Emas ini.

Astagfirullah hal 'Azim. Kami pernah ketemu sebuah banglo yang menempatkan warga emas Muslim yang diurus oleh bukan Islam. Bonda-bonda uzur kita dikuetek kuku mereka, diwarnakan rambut mereka, dilekakan mereka dengan hiburan yang lagha. Saat di hujung usia, masa yang sepatutnya mereka dekatkan diri kepada Allah s.w.t., sentiasa beribadah dan menuntut ilmu, namun tiada siapa yang peduli.

Pernah diberitahu kepada kami peristiwa tetamu menziarahi bonda-bonda ini dengan membawakan al-Quran dan air zam-zam, dibakul sampahkan oleh sang pengurus.

Ustazah Wan Nazidah lah yang telah menjentik hati-hati kami untuk melakukan sesuatu bagi menyelamatkan bonda-bonda warga emas kita dari terus hanyut dalam jahiliah. Maka tertubuh lah Darul Insyirah : Pusat Penjagaan dan Pendidikan Warga Emas di Bandar Baru Bangi.




Bonda-bonda yang diletakkan di Darul Insyirah beroleh keselesaan hidup, mendapat penjagaan rapi oleh jururawat terlatih dan dijaga akidah mereka dengan ilmu agama secukupnya.

Kini Ustazah berada nun jauh di bumi Jordan kerana mengikuti suami dan anak-anak yang mengutip ilmu di sana. Bahasa Arab fasih dan lancar di bibir ustazah sekeluarga. Semoga bakti dapat ditabur di mana sahaja ustazah berada. Ummi doakan keberkatan dalam kehidupan ustazah sekeluarga.

http://belibukuPROFAZZ.wasap.my/
http://EjenDropshipPROFAZZ.wasap.my/
http://borongbukuPROFAZZ.wasap.my/
#UmmiPROFAZZ

No comments:

Post a Comment