Friday, December 15, 2017

DULU.....


Anak-anak menunggu setiap hari Ummi balik dari ofis. Mereka bukan setakat menunggu di rumah, tetapi mereka sanggup menunggu Ummi di tepi simpang jalan dengan basikal. Bila nampak sahaja kelibat Satria Biru Ummi, mereka akan mengayuh laju-laju menyoroti belakang kereta Ummi. Memanglah bahaya tetapi keghairahan menunggu ibu balik dari kerja membuatkan jiwa mereka membuak-buak gembira.


Ummi yakin kebanyakan anak happy bila ibu selalu ada bersama mereka khususnya semasa mereka kecil dan remaja. Bila meningkat dewasa dan sudah berumah tangga, mereka selalu ingat masakan yang ibu masak dan mahukan ibu memasak seperti dulu bila mereka balik ke rumah.

Ummi tidak dapat bayangkan perasaan anak-anak jika dari kecil mereka selalu ditinggalkan kerana Ummi hanya mula bekerja sepenuh masa di kala berusia 35 tahun. 12 tahun sebagai wanita korporat adalah satu jangkamasa yang boleh dikatakan lama untuk memperolehi pengalaman menarik.


Anak kelima Ummi, Suhayl, adalah produk PROFAZZ hasil dari seorang Ibu Berkerjaya Sepenuh Masa. Ya, kita masih boleh berjaya menghasilkan anak Professional Huffaz (PROFAZZ) walaupun kita seorang career lady. Cuma bagi Ummi laluannya lebih sukar dan mencabar. Namun, jujurnya tiada apa yang mustahil.



No comments:

Post a Comment