Monday, December 4, 2017

Q & A (Soalan 1)

Soalan dari Feir Muhamad Noor 

Puan. Ada yg bertanya dan berkata.. " Boleh la anak-anak berjaya bila kita ada duit. Kalau nak makan pun berjimat-jimat, macam mana nak bagi anak-anak akademi terbaik? Cuba bagi tahu apa plan? " Ini lebih kurang soalan nya. Apa pendapat Puan?
.
.
.
πŸ’ŒJawapan Ummi πŸ’Œ

Alhamdulillah dengan kurniaan Allah s.w.t. anak-anak Ummi telah berjaya dalam bidang akademik dan di masa yang sama mereka mampu menghafal al-Quran. Ummi menghantar kesemua anak-anak Ummi ke sekolah Islam Berprestasi Tinggi. Ummi juga berkesempatan menghantar tiga dari lima anak-anak Ummi ke kelas Mental Arithmetic yang mana seperti yang kita tahu yuran bulanan sememangnya agak mahal. 

Dengan pendapatan bulanan awalnya dari 1 sumber untuk menanggung 5 anak lelaki yang rapat-rapat, di sini Ummi catitkan pengurusan kewangan dari pengalaman keluarga PROFAZZ:

🌟 Di awal perkahwinan, Ummi dan Abah telah sama-sama bersetuju untuk Ummi tidak bekerja dan Abah menumpukan perhatian kepada pencarian rezeki untuk keluarga.

🌟 Kami membuat perbandingan pengalaman saudara-mara, rakan-taulan dan jiran-tetangga yang mana suami dan isteri sama-sama bekerja. Kami dapati selepas dicongak, dicampur-tolak belanja makan, pakaian, minyak, kos jagaan anak dan lain-lain lagi, lebihan dari gaji isteri hanya minima sahaja..

“Contohnya, katakan gaji Ummi selepas beberapa tahun bekerja ialah RM2,500. Dengan gaji RM2,500 itu Ummi terpaksa membelanjakan RM150 untuk upah pengasuh menjaga seorang anak (darab dua orang anak.....jika semakin ramai anak semakin tinggi kos ini) + RM200 duit minyak pergi balik kerja + RM250 makan di tempat kerja + RM450 ansuran kereta + RM350 kos pakaian + RM250 kad kredit + RM200 lain-lain kos. 

Setelah dihitung maka perbelanjan keseluruhan ialah RM2,000. Ini sebenarnya perbelanjaan kasar sahaja dan sekiranya kita teliti lebih mendalam lagi mungkin lebih tinggi dari itu. Dengan lebihan sebanyak RM500, berbaloikah pengorbanan seorang ibu keluar meninggalkan anak-anak? Tambahan lagi, Ummi yakin dengan sekadar bekerja dari rumah, Ummi boleh memperolehi pendapatan yang lebih banyak lagi.” 

(Pengiraan di atas adalah berdasarkan kadar pada tahun 1980an. Ummi yakin kini kadarnya adalah lebih tinggi lagi.)

🌟 Kami berpendapat adalah amat merugikan jika pendidikan anak diserahkan kepada orang lain hanya untuk mendapatkan sedikit lebihan kewangan di hujung bulan. Dengan kata lain, ‘Kos Melepas Yang Sangat Mahal Harganya’.

🌟 Awalnya, Abah bekerja sebagai pensyarah di sebuah universiti di Utara Malaysia dengan gaji permulaan sebanyak RM1,200 sebulan. Ummi pula Suri Rumah sepenuh masa.

🌟 Abah melakar laluan kerjayanya secara lancar dengan kenaikan pangkat dan gaji dari semasa ke semasa. Abah juga membuat kerja-kerja latihan dan perundingan untuk menambah pendapatan keluarga.

🌟 Ada ketikanya Ummi membantu menjana ekonomi keluarga dengan membuat kerja-kerja dari rumah seperti menterjemah buku, menjual kain ela dan lain-lain lagi. 

🌟 Kami berpindah randah menyewa dari sebuah rumah ke rumah yang lain selama lebih kurang 20 tahun sebelum membeli rumah sendiri pada usia 40 tahun.

🌟 Abah membeli kereta terpakai di awal kehidupan berkeluarga sehinggalah beliau benar-benar mampu untuk mengambil pinjaman bagi membeli kereta baru.

 Kami sangat jarang makan di luar semasa anak-anak masih kecil. Selalunya kami akan membeli lauk-pauk di gerai tepi jalan ataupun masak sendiri.

🌟 Juadah kegemaran kami ialah nasi lemak sambal telur untuk makan malam kerana selain sedap kosnya murah. Kami akan makan berjemaah di mana Ummi akan menyuap anak-anak sambil mereka bercerita apa yang berlaku di sekolah. 

🌟 Baju anak-anak semasa kecil, kami beli secara bundle di Siam. Rata-rata 3 pasang RM10. Bila ekonomi keluarga sudah stabil baru kami berani membeli baju branded terutamanya untuk Hari Raya.

                                      
Foto: Walaupun pakai baju Siam tetap nampak comel.

🌟 Bajet untuk mengekalkan kecantikan dan kesihatan Ummi hanya disediakan selepas pendapatan keluarga agak stabil. Itu pun sekadar peruntukan kurang dari RM200 sebulan bagi membeli pencucui muka berupa sabun Olive Oil, celak Mekah sebagai ganti eye-liner dan mascara, pil Habbatus Sauda’ untuk meningkatkan imuniti dan madu asli Sidir sesudu sehari.

Foto: Set pemeliharaan kecantikan Ummi berupa sabun Olive Oil, Celak Mekah dan Madu Sidir.

🌟 Adakalanya kami menggunakan duit raya anak-anak untuk menampung perbelanjaan keluarga. Kami catat transaksi ini sebagai hutang kepada anak-anak dan dibayar terus ke akaun Tabung Haji mereka bila ekonomi keluarga bertambah baik. Duit raya anak adalah hak mereka. Ibu bapa tidak boleh mengambilnya untuk kegunaan peribadi atau perbelanjaan harian.

🌟 Kami jarang travel baik dalam mahupun luar negara. Apabila anak-anak sudah besar dan ekonomi keluarga bertambah baik, barulah kami pergi melancong ke beberapa tempat yang menarik.

🌟 Keluarga PROFAZZ ada “Tabung Khas Pendidikan”. Bajet pendidikan merupakan suatu yang AMAT PENTING untuk disediakan setiap bulan. Situasi yang sering berlaku ialah ‘gali lubang tutup lubang’.

🌟 Falsafah Abah, pelaburan dalam pendidikan anak-anak adalah the top most priority dalam kehidupan berkeluarga. Ini termasuklah pendidikan akademik, diniyah dan hafazan.

🌟 Yang pasti, walau dalam keadaan kewangan tidak kukuh sekali pun, kita masih boleh menghantar anak-anak ke sekolah Islam berprestasi tinggi. KAMI TELAH MEMBUKTIKANNYA.

🌟 Sementara menunggu keputusan SPM, Abah telah memperuntukkan sekitar RM10,000 seorang untuk menghantar kesemua anaknya (seorang demi seorang) ke Yaman untuk menguatkan Bahasa Arab dan mengulang hafazan.


Foto: Suasana di bandar lama Sana’a, Yaman.

🌟 Amat membanggakan bilamana dengan susah payah Abah mencari rezeki telah membolehkan Ummi memperolehi keistimewaan menjadi Ibu Suri Rumah. Sujud syukur Ummi dan anak-anak kerana laluan untuk menjadi keluarga Professional Huffaz (PROFAZZ) agak samar sekiranya Ummi terpaksa bekerja dan selalu tiada di rumah khususnya semasa anak-anak masih kecil dan di peringkat persekolahan.

Allah s.w.t. berfirman dalam surah Al-Baqarah ayat 233:

.....وَΨΉΩ„َΩ‰ Ψ§Ω„ْΩ…َوْΩ„ُودِ Ω„َΩ‡ُ Ψ±ِΨ²ْΩ‚ُΩ‡ُΩ†َّ وَΩƒِΨ³ْوَΨͺُΩ‡ُΩ†َّ Ψ¨ِΨ§Ω„ْΩ…َΨΉْΨ±ُوفِ Ω„Ψ§َ ΨͺُΩƒَΩ„َّفُ Ω†َفْΨ³ٌ Ψ₯ِΩ„Ψ§َّ وُΨ³ْΨΉَΩ‡َΨ§.....﴿Ω’Ω£Ω£﴾

“.....Dan kewajiban bapa memberi makan dan pakaian kepada para ibu dengan cara ma’ruf. Seseorang tidak dibebani melainkan menurut kadar kesanggupannya.....”

Dalam sebuah hadith yang diriwayatkan Al-Hakim, Rasulullah s.a.w. bersabda:

Ω…Ψ§ Ω†Ψ­Ω„ ΩˆΨ§Ω„Ψ― ΩˆΩ„Ψ―Ω‡ أفآل Ω…Ω† Ψ£Ψ―Ψ¨ Ψ­Ψ³Ω†

“Tiada suatu pemberian yang lebih utama dari orang tua kepada anaknya selain pendidikan yang baik.”

(Petikan dari buku "Suri Rumah Profesional : Jutawan Di Rumah")

No comments:

Post a Comment