Tuesday, December 5, 2017

😍 SUAMI MITHALI πŸ˜

πŸ‘‰πŸΏ Kita terlalu sibuk ajar anak perempuan jadi isteri yang taat kepada suami sehingga kita lupa didik anak lelaki jadi suami yang penyayang dan bertanggungjawab.

πŸ‘‰πŸΏ Kita terlalu sibuk didik anak perempuan jaga maruah diri sampai kita lupa didik anak lelaki untuk hormati dan lindungi kaum wanita.

πŸ‘‰πŸΏ Kita terlalu sibuk ajar anak perempuan uruskan rumah tangga, memasak, membasuh, mengemas, hingga kita tidak perasan anak lelaki cuma tahu goyang kaki serta order itu dan ini. 

πŸ‘‰πŸΏ Kita terlalu sibuk pastikan anak perempuan tutup aurat dan jaga pergaulan sampai kita tidak ingat ajar anak lelaki jangan ganggu, jangan sentuh dan jangan sia-siakan anak perempuan orang.

πŸ‘‰πŸΏ Kita hairan anak perempuan nak tangkas juga di luar rumah cari duit. Walhal, kerana tidak terdidiknya kaum lelakilah orang perempuan terpaksa berdikari. Kerana dayusnya lelakilah orang perempuan tertindas. 



Nasihat Ummi, sebagaimana kita didik anak perempuan kita dengan baik, didiklah juga anak lelaki kita sebaik-baiknya. Ajarkan anak lelaki menjadi insan soleh yang bakal menjadi suami dan bapa yang baik. Tekankan peranan mereka sebagai IMAM dalam rumah tangga. Amanah yang mereka pikul sebaik akad nikah dilafaz perlu dijaga sebaik mungkin. “Jadilah Suami Mithali, Jangan Jadi Suami Durjana.” Matlamat kita sebagai Suri Rumah Profesional adalah untuk mengurangkan bilangan suami-suami durjana di muka bumi ini. Jom! Didik anak lelaki menjadi suami dan bapa yang baik.

(Petikan dari buku "Suri Rumah Profesional : Jutawan Di Rumah)
Hubungi 019 229 5362 untuk membeli buku atau tekan link di bawah:

http://belibukuPROFAZZ.wasap.my/
http://EjenDropshipPROFAZZ.wasap.my/
http://borongbukuPROFAZZ.wasap.my/
#UmmiPROFAZZ

No comments:

Post a Comment