Wednesday, December 13, 2017

TAZKIRAH_1

Ibu bapa perlu menanam dalam minda bahawa jika kita terleka sesaat daripada memerhatikan anak-anak, mereka akan tergelincir ke arah kemaksiatan sedikit demi sedikit. 

Anak-anak selalu alpa dan akan mengambil mudah dalam apa juga yang mereka lakukan. Akibatnya, mereka mudah terpesong. Ketika itu, susah untuk ibu bapa membawa anak-anak ke pangkal jalan. 

Tiada yang boleh dikesali kerana nasi sudah menjadi bubur. Usaha yang berganda diperlukan untuk memperbetul keadaan. Menangisi perkara yang kita sendiri menjadi puncanya. Adakah berguna tangisan pada waktu itu?

Bak kata penyair Arab....

Adakah kamu meratapi pemergian Lubna
sedangan engkau yang membunuhnya?

Lubna sudah pergi selama-lamanya.
Apa yang mampu engkau lakukan?

#UmmiPROFAZZ

No comments:

Post a Comment