Tuesday, December 12, 2017

TIP PENDIDIKAN ANAK : BIARKAN ANAK BERMAIN


Permainan, hiburan dan latihan fizikal sangat penting untuk diberikan kepada anak-anak semasa mereka kecil kerana:

 Potensi bagi menguasai latihan ini semasa kecil lebih besar berbanding apabila mereka dewasa.

Imam Al-Baihaqi dan At-Thabrani merekodkan, Rasulullah s.a.w. menjelaskan, "Belajar semasa kecil adalah seperti mengukir di atas batu."

 Keperluan kanak-kanak untuk bermain, bergurau dan berhibur lebih tinggi berbanding apabila mereka besar.

Imam At-Tirmidzi melaporkan sebuah hadith dalam kitab Nawadir, "Kecergasan seorang kanak-kanak semasa kecil akan menambahkan kecerdikan akal semasa dia membesar."

Oleh itu, para ibu sekalian. Jangan sesekali kita abaikan aspek penting dalam pendidikan anak. Biarkan anak kecil bermain, bergurau dan merehatkan diri selepas selesai pembelajaran di sekolah kerana itu adalah fitrah semulajadi mereka. Tugas kita sebagai ibu adalah mengawal dan membimbing mereka agar tidak terlalu lalai dan leka sehingga memenatkan yang mana akan memudaratkan diri sendiri dan orang lain.

#UmmiPROFAZZ
#MembinaProfessionalHuffaz

No comments:

Post a Comment